Jelaskan Aplikasi Edmodo Dalam Pembelajaran Kelas Maya

Posted on

Jelaskan Aplikasi Edmodo Dalam Pembelajaran Kelas Maya


Pernah tgk logo kat atas ni???


ni logo Edmodo, sebut betol2 taw,

E.D.M.O.D.O

bkn komodo..hihihihi.


Okey, Edmodo ni sangat bagus dan berkesan jika kita guna dalam proses P&P.


Nak taw lebih lanjut, jom kita baca sama2 🙂

Sejarah Edmodo bermula sekitar akhir tahun 2008, di mana Nic Borg dan Jeff O’Hara percaya bahawa suasana persekolahan perlu diperkembangkan untuk menggambarkan perkaitan dalam dunia yang didiami, dibina untuk mencipta satu perkara baru berkait rapat dengan jurang antara bagaimana pelajar menjalani kehidupan mereka dan bagaimana mereka belajar di sekolah. Setakat ini, Edmodo telah menghubungkan lebih daripada 125,000,000 guru dan pelajar dalam dunia sejagat.

Apa itu Edmodo?

Edmodo merupakan jejaring sosial yang bebas dan selamat digunakan oleh guru, pelajar dan juga sekolah untuk pembelajaran yang berasaskan Learning Management System (LMS). Edmodo berfungsi sebagai sebuah laman yang telah dibangunkan khusus bagi aktiviti pembelajaran secara online sahaja. Edmodo menggalakkan suasana pembelajaran yang pelbagai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dan memberi kemudahan bagi guru dan pelajar sebuah tempat yang aman dan selesa untuk berkomunikasi, bekerjasama, berkongsi kandungan dan aplikasi pembelajaran, kerja rumah bagi pelajar, perbincangan dalam kelas maya, ulangan secara atas talian, nilai dan banyak lagi yang lain. Hakikatnya Edmodo menyediakan semua yang boleh kita lakukan di kelas bersama pelajar dalam kegiatan pembelajaran yeng efektif ditambah lagi dengan kemudahan bagi ibu bapa agar dapat memantau semua aktiviti anaknya di Edmodo dengan menggunakan “parent code”. Tambahan pula, Edmodo boleh dilayari dengan mudah melalui telefon bimbit. Edmodo juga bermatlamat untuk membantu para pengajar memanfaatkan media sosial dengan mengurangkan penggunaan ruangan bilik darjah.

Baca Juga:  Manfaat Dari Katalog Dalam Pameran Agar Penonton

Bagaimana guru boleh menggunakan Edmodo?

Guru boleh menggunakan Edmodo untuk berkomunikasi dengan pelajar kelasnya mengikut subjek. Setelah mencipta akaun sebagai guru di Edmodo, guru akan menerima kod dan kod tersebut digunakan oleh pelajarnya untuk mengaktifkan akaun sebagai pelajar bagi subjek tersebut. Melalui Edmodo, guru boleh memuat naik info terkini berkenaan kelas dan juga nota bagi tujuan pembelajaran. Guru juga boleh memuatkan tugasan yang boleh diletakkan tempoh tamat bagi memastikan pelajarnya menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan. Guru juga boleh menerima terus jawapan pelajar dan memberi gred sebaik sahaja tugasan disemak. Guru juga boleh mengemukakan topik yang ingin dibincangkan bagi memudahkan pelajar dan guru saling berinteraksi. Selain itu, bahan-bahan juga boleh dimuatkan oleh guru dalam ruangan perpustakaan.Semasa menonton video yang berkaitan tentang sesuatu topik pengajaran misalnya, guru dan pelajar boleh memberi pandangan mahupun komen tentang ulasan video tersebut melalui Edmodo.

Kelebihan penggunaan Edmodo dalam pendidikan

Antara kelebihan penggunaan Edmodo ialah:

  • Ia dapat diakses oleh guru, pelajar dan ibu bapa tanpa mengira tempat dan masa dan merupakan satu platform pembelajaran yang selamat. Ini memudahkan pelajar dan guru menggunakan ruang waktu dan keselesaan mereka sendiri.
  • Guru dan pelajar boleh berkomunikasi secara maya. Guru boleh memberi tugasan kepada pelajar dengan memberi satu tarikh akhir untuk tugasan tersebut. Oleh itu,pelajar boleh menggunakan masa sendiri asalkan dapat menghantar tugasan tersebut sebelum tarikh akhir. Guru dan pelajar juga dapat berkongsi maklumat.
  • Ibu bapa juga dapat memantau perkembangan dan hasil kerja anak-anak secara maya tanpa berjumpa dengan guru. Melalui Edmodo juga kos peralatan seperti penggunaan buku, kertas dan alat tulis dapat dikurangkan.
Baca Juga:  Jelaskan Kiat Kiat Untuk Memulai Bisnis Manisan Pala

Jelaskan Aplikasi Edmodo Dalam Pembelajaran Kelas Maya

Sumber: https://mtd3073-shamsulsuzaimie.blogspot.com/2013/11/edmodo-dalam-pengajaran-pembelajaran.html